Malaysia legislation

Section 31

of AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993

Seksyen 31

(a)

enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini atau orang lain yang disebut dalam seksyen 29b akses kepada mana-mana premis, atau tidak menyerahkan dirinya untuk diperiksa;

(b)

mengamang, menghalang, menggalang atau melengahkan atau selainnya mengganggu seseorang pegawai yang dilantik di bawah Akta ini atau orang lain yang disebut dalam seksyen 29b masuk ke dalam premis sedangkan dia berhak untuk masuk ke dalam premis itu atau dalam melaksanakan kewajipannya di bawah

Bahagian ini;

(c)

tidak mematuhi apa-apa permintaan sah mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini dalam melaksanakan kewajipannya di bawah Bahagian ini;

(d)

enggan memberi mana-mana pegawai yang dilantik di bawah

Akta ini apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dikehendaki secara munasabah daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya;

(e)

tidak menzahirkan apa-apa maklumat atau mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada seseorang pegawai yang dilantik di bawah Akta ini apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer yang dikehendaki oleh pegawai itu;

(f)

mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik apa-apa benda yang telah disita dengan sewajarnya;

(g)

sebelum atau selepas apa-apa penggeledahan atau penyitaan, memecahkan atau selainnya memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya, atau penyimpanan selamat apa-apa harta, dokumen atau data berkomputer;

(h)

tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam seksyen 29 atau mengalihkan apa-apa benda yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian; atau

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 33

(i)

menghalang dalam apa jua cara mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini dalam menjalankan tanggungjawabnya di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Jika mana-mana orang, dalam memberikan apa-apa maklumat seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), membuat apa-apa pernyataan yang dia tahu atau ada sebab untuk percaya adalah palsu, dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penalti yang tersebut dalam subseksyen itu.

(3)

(Dipotong oleh Akta A1379).

Waran boleh diterima walau apa pun kecacatan, dsb.

Section 31 — AKTA JUALAN LANGSUNG DAN SKIM ANTI-PIRAMID 1993