Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(a)
satu salinan memorandum dan perkara persatuan atau dokumen konstituen lain yang di bawahnya pemohon telah ditubuhkan, yang ditentusahkan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pengarah pemohon itu;
(b)
satu salinan kunci kira-kira teraudit, akaun untung rugi dan laporan, jika ada, juruaudit dan pengarah pemohon itu, jika berkenaan, yang terbaru;
(c)
suatu pernyataan tentang—
(i)
nama, tempat dan tarikh penubuhan pemohon itu;
(ii)
nama, tempat dan tarikh penubuhan perbadanan berkaitannya;
(iii)
perniagaan utama dan bidang operasi pemohon dan perbadanan berkaitannya;
(iv)
nama dan alamat pengarah pemohon itu dan perbadanan berkaitannya, dan nama dan alamat pemegang syer substansial, mengikut pengertian seksyen 69d Akta Syarikat 1965, pemohon itu dan perbadanan berkaitannya; dan
(v)
skim pemasaran dan perdagangan atau skim pemasaran dan perdagangan dicadangkan pemohon itu berkenaan dengan perniagaan itu; dan 14
Undang-Undang Malaysia
Akta 500
(d)
apa-apa maklumat atau dokumen lain yang dinyatakan oleh Pengawal bagi maksud memutuskan permohonan itu dan menentukan kesesuaian pemohon itu untuk mendapat lesen.
(2)
Bagi maksud subperenggan (1)(c)(iv), sebutan mengenai suatu syarikat di bawah seksyen 69d Akta Syarikat 1965 hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk suatu syarikat persendirian.
(3)
Pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan dan sebelum permohonan itu diputuskan, Pengawal boleh, dengan notis bertulis, menghendaki supaya pemohon atau mana-mana orang yang menjadi atau akan menjadi pengarah atau pengurus pemohon itu memberikan maklumat atau dokumen tambahan.
(4)
Perkara yang dinyatakan di bawah perenggan (1)(d) atau kehendak di bawah subseksyen (3) boleh berbeza di antara pemohon yang berlainan, atau pemohon daripada golongan, kategori atau perihal yang berlainan.
(5)
Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
(6)
Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (3) tidak diberikan oleh pemohon atau pengarah atau pengurusnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa perlanjutan masa itu yang diberikan oleh Pengawal, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh terus diuruskan, tetapi tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru dibuat oleh pemohon.
(7)
Mana-mana orang yang memberikan maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pemberian atau keengganan memberikan lesen