Malaysia legislation

Section 15

of AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024

Seksyen 15

Peruntukan peralihan

(a)

memohon kepada Lembaga supaya namanya dimasukkan dalam Daftar mengikut seksyen 9 Akta ibu; dan

(b)

memohon kepada Lembaga bagi suatu lesen untuk menjalankan amalan sebagai seorang juruukur tanah berlesen dikeluarkan kepadanya mengikut seksyen 10

Akta ibu.

(2)

Sementara menunggu mana-mana permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) ditentukan, pemohon boleh terus menjalankan ukur geomatiknya dan Lembaga boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut berhubung dengan penjalanan ukur geomatik itu.

(3)

Jika mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1)

ditolak, pemohon hendaklah berhenti menjalankan ukur geomatik itu dari tarikh pemohon itu diberitahu mengenai penolakan itu dan Lembaga boleh memberikan apa-apa arahan kepada pemohon sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut berhubung dengan pemberhentian ukur geomatik oleh pemohon.

Section 15 — AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2024