Malaysia legislation
Section 111
Seksyen 111
(a)
seseorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan;
(b)
seseorang kanak-kanak yang sedang disembunyikan, dikurung atau ditahan dengan melanggar Akta ini;
atau
(c)
pelakuan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini,
Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang memberi kuasa kepada seseorang Pelindung atau pegawai polis yang kepadanya waran itu diarahkan, pada bila-bila masa yang munasabah pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, untuk—
(aa) memasuki dan menggeledah premis itu;
(bb) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan daripada, apa-apa buku, rekod atau dokumen;
(cc)
memeriksa mana-mana orang yang ada di dalam atau di premis itu, dan bagi maksud pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan menahan apa-apa barang yang dijumpai pada orang itu; dan
(dd)
mencari dan memindahkan kanak-kanak—
(i)
yang memerlukan pelindungan;
(ii)
yang sedang disembunyikan, dikurung atau ditahan dengan melanggar Akta ini; atau
(iii)
yang berkenaan dengannya suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan, ke suatu tempat selamat atau tempat perlindungan.
WJW22/0178 BM.indd 145 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 146
Akta 611
(2)
Jika seseorang kanak-kanak telah diletakkan di suatu tempat selamat menurut perenggan (1)(dd), Pelindung hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu ibu atau bapa atau penjaga yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu di mana kanak-kanak itu berada.
(3)
Apabila perlu berbuat sedemikian, seseorang Pelindung atau pegawai polis yang menjalankan mana-mana kuasa di bawah subseksyen (1) boleh—
(a)
memecah buka mana-mana pintu atau tingkap luar atau dalam mana-mana premis untuk masuk ke dalam premis itu;
(b)
masuk dengan kekerasan ke dalam mana-mana premis dan mana-mana bahagian premis itu;
(c)
dengan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (2);
(d)
menahan mana-mana orang yang ditemui di dalam atau di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen (1)
sehingga premis itu selesai digeledah.
(4)
Seseorang perempuan tidak boleh diperiksa tubuhnya di bawah seksyen ini atau seksyen 110 kecuali oleh seorang perempuan lain dan seseorang lelaki tidak boleh diperiksa kecuali oleh seorang lelaki lain dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.
(5)
Seseorang yang dengan kekerasan, sekatan, ugutan, dorongan atau cara lain menyebabkan mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pelindungan menyembunyikan dirinya di dalam atau meninggalkan mana-mana premis yang sedang digeledah atau baru hendak digeledah oleh seseorang Pelindung atau pegawai polis di bawah seksyen ini, dengan niat supaya penggeledahan oleh Pelindung atau pegawai polis itu akan dengan itu terhindar atau terhalang, melakukan suatu kesalahan.
WJW22/0178 BM.indd 146 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 147
(6)
Maka menjadi kewajipan pemunya atau penghuni mana-mana premis yang digeledah di bawah seksyen ini dan mana-mana orang yang ditemui di dalam atau di premis itu untuk—
(a)
memberi Pelindung atau pegawai polis itu segala kemudahan dan bantuan yang semunasabahnya dikehendaki olehnya;
dan
(b)
memberi Pelindung atau pegawai polis itu segala maklumat yang munasabah yang dikehendaki olehnya.
Penggeledahan tanpa waran