Malaysia legislation

Section 30

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 30

Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak

(a)

memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaganya menyempurnakan bon untuk menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu;

(b)

membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam jagaan seseorang yang layak dan sesuai selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak itu;

(c)

dalam hal seseorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau yang telah terbuang sebagaimana yang diperihalkan dalam perenggan 17(1)(e), membuat perintah—

(i)

meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah selama tempoh dua tahun dari tarikh kanak-kanak itu diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan ibu atau bapa peliharaan itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek, dan sementara itu, meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat; atau

(ii)

meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan orang yang layak dan sesuai selama tempoh dua tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;

(ca) membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu pusat selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek;

WJW22/0178 BM.indd 52 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 53

(d)

membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu atau sehingga dia mencapai umur lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek.

(e)

(Dipotong oleh Akta A1511).

(1a)

Sebagai tambahan kepada perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)(a), (b), (c) atau (ca), Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak boleh membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah pengawasan—

(a)

seorang Pelindung; atau

(b)

seorang lain yang dilantik bagi maksud itu oleh Mahkamah

Bagi Kanak-Kanak, selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak itu.

(2)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat suatu perintah di bawah subperenggan (1)(c)(i), Ketua Pengarah hendaklah, bagi maksud melaksanakan perintah itu, dengan serta-merta berusaha untuk meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang ibu atau bapa peliharaan.

(3)

Jika pada bila-bila masa kemudiannya ibu atau bapa peliharaan itu bercadang untuk mengembalikan kanak-kanak yang telah diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya di bawah subperenggan (1)(c)(i), dia hendaklah membuat laporan sendiri kepada Pelindung dan membawa kanak-kanak itu ke hadapan Pelindung itu, dan Pelindung itu hendaklah meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat.

(4)

Jika dalam tempoh yang disebut dalam perenggan (1)(c)

ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang berkenaan tidak menuntut kanak-kanak itu atau tidak muncul, Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak boleh—

(a)

apabila habis tempoh itu; dan

(b)

jika Mahkamah berpuas hati bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambil oleh Pelindung untuk mengesan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu,

WJW22/0178 BM.indd 53 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 611

membuat suatu perintah menyerahkan kanak-kanak itu untuk diangkat oleh ibu atau bapa peliharaan itu atau mana-mana orang yang berhasrat untuk mengangkat kanak-kanak itu dan dalam mana-mana hal sedemikian—

(aa) keizinan ibu atau bapa atau penjaga bagi pengangkatan kanak-kanak itu hendaklah dikecualikan; dan

(bb) Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] (dalam hal seseorang kanak-kanak yang tidak menganuti agama Islam), Akta

Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253], Ordinan

Pengangkatan Sabah 1960 dan Ordinan Pengangkatan

Sarawak [Cap. 91] hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

(5)

Dalam menentukan apakah perintah yang hendak dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah memberikan pertimbangan utama kepada kepentingan kanak-kanak itu.

(6)

Sebelum membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1)

atau (4), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah menimbangkan dan mengambil kira apa-apa laporan yang disediakan oleh Pelindung yang—

(a)

hendaklah mengandungi apa-apa maklumat tentang latar belakang keluarga, kelakuan secara am, suasana di rumah, rekod sekolah dan riwayat perubatan seseorang kanak-kanak yang dapat membolehkan Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak itu menguruskan kes itu demi kepentingan kanak-kanak itu; dan

(b)

boleh memasukkan apa-apa laporan bertulis seorang

Pegawai Kebajikan Masyarakat, pengamal perubatan berdaftar atau mana-mana orang lain yang difikirkan oleh

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak layak untuk menyediakan suatu laporan mengenai kanak-kanak itu.

(7)

Bagi membolehkan Pelindung menyediakan dan mengemukakan laporan yang disebut dalam subseksyen (6), Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak boleh—

(a)

dari semasa ke semasa, menangguhkan kes selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua bulan pada satu-satu masa; dan

WJW22/0178 BM.indd 54 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 55

(b)

membuat berkenaan dengan kanak-kanak itu, sebagai suatu perintah interim yang berkuat kuasa hanya semasa tempoh penangguhan itu, apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen (1).

(8)

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, dalam membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan sesuai oleh

Mahkamah bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak itu yang berkenaan dengannya perintah sedemikian dibuat, dan syarat atau arahan itu boleh termasuk yang berikut:

(a)

bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu yang ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;

(b)

jika kanak-kanak itu diletakkan di suatu tempat selamat, bahawa ibu atau bapa atau penjaganya hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; atau

(c)

jika kanak-kanak itu berada di sesuatu institusi pendidikan, bahawa ibu atau bapa atau penjaganya hendaklah berunding dengan guru dan guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali.

(9)

Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atau arahan yang diberikan di bawah subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(10)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu peluang untuk hadir dan didengar.

(11)

Walau apa pun subseksyen (10), suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seseorang

Pelindung bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.

WJW22/0178 BM.indd 55 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 611

(12)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tidak berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya di bawah seksyen 19 atau 25 memerlukan pemeliharaan dan pelindungan,

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan dan jagaan ibu atau bapa atau penjaganya.

(13)

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, atas permohonan—

(a)

seorang Pelindung;

(b)

orang yang menjaga sesuatu tempat selamat atau pusat;

atau

(c)

ibu atau bapa atau penjaga seseorang kanak-kanak, meminda, mengubah atau membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen ini—

(aa) jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan kanak-kanak itu untuk berbuat demikian; atau

(bb) apabila dibuktikan bahawa hal keadaan yang dalamnya perintah itu dibuat telah berubah selepas pembuatan perintah itu.