Malaysia legislation
Section 36
Seksyen 36
(a)
dia bercadang mengembalikan kanak-kanak itu kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil; atau
(b)
tanpa pengetahuan atau keizinannya, kanak-kanak itu telah meninggalkan pemeliharaan, jagaan atau kawalannya, membuat laporan sendiri kepada Pelindung dan hendaklah, pada bila-bila masa jika dapat dilaksanakan, membawa atau menyebabkan dibawa ke hadapan Pelindung kanak-kanak itu dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil.
WJW22/0178 BM.indd 63 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 611
(2)
Apabila diterima suatu laporan di bawah subseksyen (1),
Pelindung hendaklah membuat suatu catatan mengenai laporan itu dan hendaklah jika—
(a)
kanak-kanak itu dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil hadir pada masa laporan itu diterima, mengembalikan kanak-kanak itu kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(b)
ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil tidak hadir pada masa laporan itu diterima—
(i)
mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara sehingga dia dapat dikembalikan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau orang itu; dan
(ii)
dengan serta-merta menghantar maklumat bertulis ke tempat kediaman ibu atau bapa atau penjaganya atau orang itu yang akhir diketahui.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Pelindung untuk menghendaki supaya kanak-kanak dikemukakan di hadapannya