Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan dengan segera jika ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa—
(a)
kanak-kanak itu sedang diancam atau ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran atau bagi maksud melakukan persetubuhan dengan seseorang lain atau bagi apa-apa maksud lucah;
(b)
kanak-kanak itu akan dikurung atau ditahan oleh seseorang lain dengan melanggar Bahagian ini;
(c)
suatu kesalahan terhadap Bahagian ini sedang atau mungkin akan dilakukan berkenaan dengan kanak-kanak itu; atau
(d)
jika kanak-kanak itu seorang perempuan, bahawa dia sedang hamil anak luar nikah.
(3)
Tertakluk pada subseksyen (4) dan (5), dan jika hal keadaan memerlukannya, orang yang menjaga mana-mana tempat perlindungan boleh, atas permohonan yang dibuat kepadanya oleh kanak-kanak itu atau oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, menerima masuk ke tempat perlindungan itu mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dengan segera.
(4)
Jika orang yang menjaga sesuatu tempat perlindungan menerima mana-mana kanak-kanak di bawah subseksyen (3), kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Pelindung dalam masa dua puluh empat jam selepas dia masuk ke tempat perlindungan itu dengan laporan lengkap mengenai hal keadaannya.
(5)
Seseorang kanak-kanak yang diterima masuk di bawah seksyen ini dibenarkan tinggal di tempat perlindungan itu hanya selagi Pelindung berpuas hati bahawa kanak-kanak itu memerlukan pelindungan dengan segera di bawah seksyen ini.
(6)
Pelindung—
(a)
yang menerima seseorang kanak-kanak di bawah subseksyen (1); atau
WJW22/0178 BM.indd 73 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 74
Akta 611
(b)
yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa di bawah subseksyen (4), hendaklah dengan serta-merta memberitahu Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak tentang kemasukan sedemikian dengan suatu laporan lengkap mengenai hal keadaan itu dan hendaklah mengikut cara yang sama memberitahu Mahkamah itu apabila kanak-kanak itu meninggalkan tempat itu.
(7)
Pelindung boleh mengenakan apa-apa syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut bagi maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang diterima masuk atau dibawa di bawah seksyen ini, dan syarat atau arahan itu boleh termasuk yang berikut:
(a)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
(b)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Pelindung; atau
(c)
bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor.