Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
Bagi maksud seksyen 43, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa seseorang—
(a)
yang membawa atau menyebabkan dibawa masuk seseorang kanak-kanak ke sesuatu rumah pelacuran telah memberikan kanak-kanak itu dengan niat atau pengetahuan yang disebut dalam perenggan 43(1)(a);
(b)
yang menerima seseorang kanak-kanak masuk ke atau menyorokkan seseorang kanak-kanak di sesuatu rumah pelacuran telah memiliki kanak-kanak itu dengan niat atau pengetahuan yang disebut dalam perenggan 43(1)(a);
(c)
telah menahan seseorang kanak-kanak di mana-mana rumah pelacuran atau di mana-mana tempat bertentangan dengan kemahuan kanak-kanak itu jika, dengan niat hendak memaksa atau mendorong kanak-kanak itu supaya tinggal di rumah pelacuran atau tempat itu, orang itu—
(i)
tidak memberi kanak-kanak itu apa-apa barang pakaian atau apa-apa harta lain kepunyaan kanak-kanak itu atau apa-apa barang pakaian yang
WJW22/0178 BM.indd 77 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 78
Akta 611
biasanya atau yang akhir sekali digunakan oleh kanak-kanak itu;
(ii)
mengugut kanak-kanak itu bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika kanak-kanak itu membawa pergi apa-apa barang pakaian atau apa-apa harta lain yang telah dipinjamkan atau disewakan atau dibekalkan kepada kanak-kanak itu;
(iii)
mengugut kanak-kanak itu bahawa tindakan undang-undang akan diambil untuk menuntut apa-apa hutang atau hutang yang dikatakan atau menggunakan apa-apa ugutan lain; atau
(iv)
tanpa apa-apa kuasa yang sah di sisi undang-undang menahan kad pengenalan kanak-kanak itu yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran negara atau pasport kanak-kanak itu.
Peletakan sementara menanti prosiding