Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(2)
Sesuatu perintah mendapatkan balik boleh dibuat oleh
Mahkamah apabila permohonan dibuat oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, suatu “perintah mendapatkan balik” boleh—
(a)
mengarahkan mana-mana orang yang dapat berbuat demikian supaya mengemukakan kanak-kanak itu apabila diminta kepada mana-mana orang diberi kuasa;
(b)
membenarkan pemindahan kanak-kanak itu oleh mana-mana orang diberi kuasa;
(c)
menghendaki mana-mana orang yang mempunyai maklumat tentang di mana kanak-kanak itu berada supaya mendedahkan maklumat itu kepada orang diberi kuasa;
(d)
memberi kuasa mana-mana pegawai polis untuk memasuki mana-mana premis yang dinyatakan dalam perintah itu dan mencari kanak-kanak itu, dengan menggunakan kekerasan yang munasabah, jika perlu.
(4)
Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang seseorang orang diberi kuasa daripada menjalankan kuasa di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
WJW22/0178 BM.indd 87 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 88
Akta 611
Bahagian VIIIa
PUSAT
Menteri boleh meluluskan pusat