Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Mana-mana orang yang—
(a)
memindahkan seseorang kanak-kanak dari tempat selamat atau tempat perlindungan tanpa kebenaran yang sah;
(b)
dengan sedar membantu atau mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas lari dari sesuatu tempat selamat atau tempat perlindungan;
atau
(c)
dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau menghalang dia kembali ke tempat selamat atau tempat perlindungan itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.