Malaysia legislation

Section 6a

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 6a

(a)

dia meninggal dunia;

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

WJW22/0178 BM.indd 28 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 29

(iii)

mana-mana kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda, selama lebih daripada dua tahun;

(c)

dia menjadi tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;

(d)

dia menjadi bankrap;

(e)

berkenaan dengan anggota Majlis, dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran

Pengerusi, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis, dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi jawatankuasa itu;

(f)

berkenaan dengan anggota Majlis, pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, dan berkenaan dengan anggota jawatankuasa yang bukan anggota Majlis, pelantikannya dibatalkan oleh Majlis; atau

(g)

dia meletakkan jawatan.

(2)

Jika seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r) atau (s) terhenti daripada menjadi anggota

Majlis, oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik seorang yang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh berbaki yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik mengikut peruntukan yang terpakai.

Penubuhan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak

Section 6a — AKTA KANAK-KANAK 2001 | mylaw.my