Malaysia legislation

Section 71

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 71

(a)

lepas lari dari sekolah diluluskan di mana dia ditahan, atau dari mana-mana hospital, rumah atau tempat di mana dia menerima rawatan perubatan;

(b)

semasa tidak hadir di sekolah diluluskan kerana cuti sementara atau dengan kebenaran—

(i)

lari daripada orang yang menjaganya; atau

(ii)

tidak kembali ke sekolah diluluskan itu apabila habis tempoh cutinya, atau apabila kebenaran itu dibatalkan; atau

(c)

semasa tidak hadir di sekolah diluluskan itu di bawah pengawasan, tidak kembali ke sekolah diluluskan itu apabila dipanggil semula, boleh ditangkap tanpa waran oleh pegawai akhlak atau pegawai polis dan boleh dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak di mana kanak-kanak itu dijumpai atau di mana sekolah diluluskan itu terletak.

(2)

Jika seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapan

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen (1) berumur di bawah empat belas tahun, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah memerintahkan supaya kanak-kanak itu dibawa balik ke sekolah diluluskan itu atau dihantar ke suatu sekolah diluluskan yang lain selama—

(a)

suatu tempoh yang sama dengan tempoh dia telah bebas dengan menyalahi undang-undang di luar sekolah diluluskan itu;

(b)

baki tempoh tahanannya; dan

(c)

apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, sebagai tambahan kepada tempoh yang disebut dalam perenggan (a) dan (b).

WJW22/0178 BM.indd 98 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 99

(3)

Jika seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapan

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen (1) sudah mencapai umur empat belas tahun, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu—

(a)

dibawa balik ke sekolah diluluskan itu atau dihantar ke suatu sekolah diluluskan yang lain selama—

(i)

suatu tempoh yang sama dengan tempoh dia telah bebas dengan menyalahi undang-undang di luar sekolah diluluskan itu;

(ii)

baki tempoh tahanannya; dan

(iii)

apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah;

atau

(b)

jika hal keadaan memerlukannya dan atas syor pegawai akhlak difikirkan oleh Mahkamah perlu berbuat demikian, dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama apa-apa tempoh yang diarahkan oleh Mahkamah.

Kesalahan memindahkan atau membantu kanak-kanak lepas lari dari sekolah diluluskan