Malaysia legislation
Section 72
Seksyen 72
Mana-mana orang yang—
(a)
memindahkan seseorang kanak-kanak dari sesuatu sekolah diluluskan tanpa kebenaran yang sah;
(b)
dengan sedar membantu atau mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas lari dari sekolah diluluskan; atau
(c)
dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang lepas lari sedemikian, atau menghalang dia kembali ke sekolah diluluskan itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
WJW22/0178 BM.indd 99 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 100
Akta 611