Malaysia legislation
Section 85
Seksyen 85
Perkiraan sewajarnya hendaklah dibuat—
(a)
untuk menghalang seseorang kanak-kanak semasa—
(i)
dibawa ke atau dari balai polis atau tempat tahanan;
(ii)
ditahan di balai polis atau di tempat tahanan;
(iii)
dibawa ke atau dari mana-mana Mahkamah; atau
(iv)
menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana
Mahkamah, daripada bergaul dengan seseorang dewasa yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan;
(b)
untuk memastikan bahawa seseorang kanak-kanak, jika seorang perempuan, semasa ditahan atau dibawa sedemikian, atau menunggu, berada di bawah jagaan seorang wanita; dan
(c)
untuk menghalang gambar seseorang kanak-kanak semasa—
(i)
ditangkap;
(ii)
dibawa ke atau dari balai polis atau tempat tahanan;
(iii)
ditahan di balai polis atau di tempat tahanan;
(iv)
dibawa ke atau dari mana-mana Mahkamah; atau
(v)
menunggu sebelum atau selepas hadir di mana-mana
Mahkamah, daripada dirakamkan dalam apa-apa cara atas pita atau filem atau dengan apa-apa perantara elektronik.
WJW22/0178 BM.indd 109 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 110
Akta 611
Penjagaan kanak-kanak yang tidak dilepaskan atas jaminan selepas ditangkap