Malaysia legislation

Section 95

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 95

(2)

Tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman atau perintah sementara menanti rayuan, atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan mana-mana perbuatan atau penjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman atau perintah itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak itu.

(3)

Mahkamah Tinggi hendaklah, dalam semua rayuan jenayah yang bermula daripada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, membuat keputusan muktamadnya dalam masa dua belas bulan selepas notis rayuan difailkan.

(4)

Apa-apa rayuan di bawah seksyen ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, diberi tajuk

“Rayuan Oleh Kanak-Kanak” dan dalam menguruskan mana-mana rayuan sedemikian, seksyen 12 dan 15 hendaklah terpakai bagi

Mahkamah Tinggi dengan apa-apa ubah suaian yang perlu.

Sekatan ke atas perintah pemenjaraan