Malaysia legislation
Section 97a
Seksyen 97a
(2)
Semasa tempoh perintah khidmat masyarakat, kanak-kanak itu—
(a)
hendaklah patuh kepada pengawasan seorang Pegawai
Kebajikan Masyarakat;
(b)
hendaklah melaksanakan khidmat masyarakat bagi bilangan jam secara agregat yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam tempoh tidak melebihi enam bulan;
WJW22/0178 BM.indd 123 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 124
Akta 611
(c)
tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan; dan
(d)
hendaklah mematuhi apa-apa kehendak lain, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dengan mengambil kira hal keadaan kes itu termasuk mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut:
(i)
bahawa kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud sedemikian;
(ii)
jika kanak-kanak itu berada di suatu institusi pendidikan, bahawa kanak-kanak itu hendaklah hadir di institusi itu; atau
(iii)
bahawa kanak-kanak itu hendaklah menghadiri sesi kaunseling yang dijalankan oleh seorang kaunselor.
(3)
Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak hendaklah—
(a)
menimbangkan syor dan pandangan pegawai akhlak mengenai kesesuaian khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan oleh kanak-kanak itu;
(b)
menerangkan kepada kanak-kanak itu dalam bahasa yang mudah, sesuai dengan usia, kematangan dan pemahamannya—
(i)
tentang kesan perintah itu; dan
(ii)
bahawa adalah menjadi suatu kesalahan jika kanak-kanak itu tidak mematuhi apa-apa kehendak perintah itu; dan
(c)
memberikan suatu salinan perintah itu kepada—
(i)
ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu;
(ii)
kanak-kanak itu;
WJW22/0178 BM.indd 124 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 125
(iii)
pegawai akhlak itu; dan
(iv)
kecuali jika Mahkamah itu sendiri ialah Mahkamah
Pengawas, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu di mana kanak-kanak itu dikehendaki melaksanakan khidmat masyarakat itu.
Tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat