Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Apa-apa rayuan di hadapan Tribunal yang didengar oleh anggota Tribunal yang bersidang seorang diri atau panel tiga orang anggota yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan untuk didengar dan diputuskan oleh anggota Tribunal yang bersidang seorang diri atau panel tiga orang anggota itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.