Malaysia legislation
Section 125
Seksyen 125
Peruntukan kecualian dan peralihan
(a)
yang diberikan di bawah seksyen 65a untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan dan operasi lain berkenaan dengan barang yang boleh dikenakan duti kastam dan apa-apa barang lain; atau
(b)
yang telah diberikan di bawah seksyen 91a kepada mana-mana orang yang bertindak sebagai pengangkut berlesen, sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terus kekal berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga lesen habis tempoh, atau ditarik balik atau dibatalkan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Ketua Pengarah kepada mana-mana orang untuk menjadi orang yang diiktiraf untuk mendapat manfaat daripada prosedur pelepasan kastam yang dimudahkan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah diberikan di bawah Akta ibu sebagaimana yang telah dipinda oleh Akta ini.
(3)
Apa-apa perakuan tempat asal yang dikeluarkan atas nama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau dewan perniagaan atau persatuan perniagaan yang dilantik oleh
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum tarikh yang ditetapkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, terus kekal berkuat kuasa dan mempunyai kesan sehingga perakuan tempat asal itu habis tempoh, atau ditarik balik atau dibatalkan oleh
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau dewan perniagaan atau persatuan perniagaan yang dilantik oleh Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
(4)
Apa-apa permohonan untuk—
(a)
suatu lesen untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan dan operasi lain berkenaan dengan barang yang boleh dikenakan duti kastam dan apa-apa barang lain di bawah seksyen 65a;
102
Undang-Undang Malaysia
Akta A1593
(b)
suatu lesen untuk bertindak sebagai pengangkut berlesen di bawah seksyen 91a;
(c)
suatu kelulusan untuk menjadi orang yang diiktiraf untuk mendapat manfaat daripada prosedur pelepasan kastam yang dimudahkan sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah; atau
(d)
suatu perakuan tempat asal untuk dikeluarkan atas nama
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau dewan perniagaan atau persatuan perniagaan yang dilantik oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, yang dibuat sebelum tarikh yang ditetapkan dan yang belum selesai di hadapan Ketua Pengarah, atau Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri atau dewan perniagaan atau persatuan perniagaan yang dilantik oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
(5)
Mana-mana pengimport, pengeluar atau pengeksport yang berdaftar dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bagi maksud mengeluarkan suatu perakuan tempat asal sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah berdaftar di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
(6)
Apa-apa pengkompaunan kesalahan di bawah seksyen 131
Akta ibu yang sedia ada yang belum selesai sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, diteruskan sebagai kesalahan yang boleh dikompaun seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(7)
Dalam seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(2) Akta ini bagi permulaan kuat kuasa Akta ini.