Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Bahagian VIII Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 54 seksyen yang berikut:
“Kewajipan untuk menyimpan rekod 53a. (1) Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan hendaklah menyimpan dan menyenggarakan rekod yang wajar yang berhubungan dengan kendalian perniagaan termasuk rekod yang berikut:
(a)
rekod jualan termasuk resit dan buku jualan;
(b)
rekod pembelian termasuk invois daripada pembekal;
(c)
rekod perbelanjaan termasuk rekod pembayaran, invois dan butiran mengenai perolehan;
(d)
dokumen yang berhubungan dengan penentuan harga bagi barangan atau perkhidmatan itu;
(e)
rekod saraan, elaun atau gaji; dan
(f)
rekod cukai dan apa-apa dokumen yang berkaitan, jika ada.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1464
(2)
Rekod di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a)
dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu;
(b)
tersedia pada bila-bila masa bagi pemeriksaan oleh
Penolong Pengawal; dan
(c)
dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
atau (2) melakukan suatu kesalahan.”.
Seksyen baru 60a