Malaysia legislation
Section 10b
Seksyen 10b
(a)
kecuali jika suatu kelulusan di bawah subseksyen 9(7)
Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 [Akta 762]
telah diperoleh, semua cukai, duti dan caj kerajaan;
dan
(b)
semua caj lain yang hendak dikenakan oleh orang itu ke atas barangan atau perkhidmatan itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan.
Kuasa Pengawal untuk mendapatkan maklumat 10c. (1) Pengawal boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barangan atau perkhidmatan untuk memberi Pengawal, dalam tempoh dan mengikut cara dan bentuk yang dinyatakan dalam notis itu, apa-apa penyata, dokumen atau maklumat yang mengandungi harga apa-apa barangan atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang dikenakan oleh orang itu dan apa-apa maklumat lain yang difikirkan perlu oleh Pengawal.
(2)
Mana-mana orang yang diarahkan untuk memberikan apa-apa penyata, dokumen atau maklumat di bawah subseksyen (1)
hendaklah memberikan penyata, dokumen atau maklumat yang benar, tepat dan lengkap.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan.”.
Pindaan seksyen 28