Malaysia legislation

Section 13

of AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994

Seksyen 13

(2)

Jika pegawai diberi kuasa atau pegawai polis berpuas hati atas maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah, apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang digunakan untuk melakukan atau dimaksudkan untuk digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berkemungkinan dipindahkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki mana-mana tanah, rumah, atau bangunan tanpa waran dan menyita atau mengelak apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang terdapat di dalamnya.

(3)

Menjadi suatu kesalahan bagi seseorang tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak atau memindahkan mana-mana padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain atau cuba berbuat sedemikian.

(4)

Semua padi dan beras yang berkenaan dengannya telah, atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah, berlaku suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau pelanggaran mana-mana peruntukan

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, atau apa-apa sekatan atau syarat yang tertakluk padanya atau yang berdasarkannya suatu lesen atau permit telah diberi, berserta dengan apa-apa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel atau artikel lain, yang di dalamnya padi dan beras itu telah dijumpai atau yang telah digunakan berkaitan dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan apa-apa buku atau dokumen yang semunasabahnya dipercayai mempunyai kaitan dengan kes itu, boleh disita oleh pegawai diberi kuasa atau pegawai polis di mana-mana tempat sama ada di darat atau di perairan wilayah.

(5)

Semua padi dan beras itu dan bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain hendaklah, dengan seberapa segera yang sesuai, diserahkan ke dalam jagaan seseorang pegawai diberi kuasa yang tugasnya adalah untuk menerima padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu.

Kawalan Padi dan Beras 17

(6)

Seseorang pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang membuat apa-apa penyitaan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan alasan bagi penyitaan itu dan, dengan serta-merta atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan suatu salinan yang ditandatangani olehnya kepada pesalah atau pemunya, atau ejen atau pekhidmatnya yang berada di premis itu dan jika premis itu tidak berpenghuni, pegawai tersebut hendaklah, di mana-mana jua mungkin, menampalkan suatu senarai barang yang disita di premis itu.

(7)

Dalam seksyen ini, “perairan wilayah” ertinya “laut wilayah”

dan hendaklah ditafsirkan tertakluk pada peruntukan *Akta Laut

Wilayah 2012 [Akta 750].

Kuasa untuk menahan dan menggeledah kenderaan