Malaysia legislation

Section 15

of AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994

Seksyen 15

(2)

Notis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengandungi perihalan padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita dan hendaklah menghendaki seseorang yang mempunyai apa-apa tuntutan terhadapnya untuk memberikan notis bertulis mengenai tuntutannya, dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis sebelum habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis itu.

(3)

Notis itu hendaklah disiarkan—

(a)

dengan menampalkannya di tempat yang mudah dilihat—

(i)

di Pejabat Tanah, di daerah yang padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah disita; dan

(ii)

di pejabat pegawai diberi kuasa di Negeri yang padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah disita; dan

(b)

jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa penyiaran dalam suatu akhbar adalah perlu, dalam akhbar yang diedarkan di Negeri yang padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah disita, sebagaimana Ketua Pengarah fikirkan patut.

Kawalan Padi dan Beras 19

(4)

Seseorang yang menuntut bahawa dia adalah pemunya apa-apa padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya (yang disebutkan sebagai “pihak menuntut” dalam seksyen ini) dan apa-apa yang disita itu tidak boleh dilucuthakkan, bolehlah dengan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada seseorang pegawai diberi kuasa bahawa dia menuntut apa-apa yang disita itu.

(5)

Apabila pegawai diberi kuasa menerima notis itu, dia hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang boleh mengarahkan supaya padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu dilepaskan kepada pihak menuntut jika dia berpuas hati bahawa pihak menuntut adalah pemunya yang sah benda itu.

(6)

Jika Ketua Pengarah tidak berpuas hati bahawa pihak menuntut adalah pemunya yang sah padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengarahkan pegawai diberi kuasa itu merujukkan tuntutan itu kepada seorang Majistret Kelas Pertama.

(7)

Apabila sesuatu tuntutan dirujukkan kepada seseorang

Majistret Kelas Pertama di bawah subseksyen (6), Majistret itu hendaklah mengeluarkan saman menghendaki pihak menuntut dan orang yang daripadanya padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu disita, jika dia bukan pihak menuntut, hadir di hadapannya, dan apabila mereka hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan bahawa saman telah disampaikan dengan sewajarnya, Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu dan apabila terbukti bahawa sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa padi atau beras itu adalah hal perkara kesalahan, atau bahawa bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu telah digunakan untuk melakukan kesalahan itu, boleh memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan atau hendaklah jika tiada bukti sedemikian, mengarahkan supaya ia dilepaskan kepada orang yang pada pendapat Majistret itu adalah pemunya yang sah benda itu.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 522

(8)

Dalam apa-apa prosiding di bawah subseksyen (7), beban adalah atas pihak menuntut dan atas orang yang daripadanya padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu disita, jika dia bukan pihak menuntut, untuk membuktikan bahawa padi atau beras itu bukanlah hal perkara kesalahan itu atau bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain itu tidak digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

(9)

Jika pada pendapat Majistret pihak menuntut bukanlah pemunya yang sah padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita atau jika terdapat lebih daripada seorang pihak menuntut, tiada sesiapa di antara pihak menuntut itu pemunya yang sah padi, beras, bekas, bungkusan, kenderaan, vesel, buku atau dokumen atau artikel lain yang disita, dia hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan.

Pelepasan atau pelupusan padi, beras, dsb.