Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
Penalti am
(2)
Sesuatu pertubuhan perbadanan yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah, atau yang gagal mematuhi, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit dan, bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Kawalan Padi dan Beras 25
(3)
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan adalah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduhkan bersesama dalam pembicaraan yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan itu, tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
(4)
Seseorang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.
Beban pembuktian