Malaysia legislation

Section 28

of AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994

Seksyen 28

Perlindungan orang yang diberi kuasa

Tiada apa-apa prosiding boleh dimulakan di bawah Akta ini terhadap mana-mana orang yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Ketua Pengarah yang dengan diketahuinya melakukan atau meninggalkan dari melakukan apa-apa perbuatan yang jika tidak kerana peruntukan seksyen ini, akan menjadi suatu kesalahan:

Dengan syarat bahawa dia telah melakukan atau meninggalkan dari melakukan perbuatan itu dengan niat untuk mendapatkan bukti bagi maksud mendakwa penjual bagi sesuatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

Pengkompaunan kesalahan 28a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan boleh kompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa

Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang

Kawalan Padi dan Beras 29

yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan.

(4)

Jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—

(a)

tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

apa-apa dokumen atau barang yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh

Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(6)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.