Malaysia legislation

Section 4

of AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994

Seksyen 4

Kawalan Padi dan Beras 9

(a)

menyimpan dan menyenggara suatu bekalan padi dan beras yang mencukupi;

(b)

memastikan harga padi yang berpatutan dan stabil bagi petani;

(c)

memastikan harga beras yang berpatutan dan stabil bagi pengguna;

(d)

memastikan bekalan beras yang mencukupi bagi memenuhi segala kecemasan; dan

(e)

membuat syor kepada Kerajaan mengenai polisi yang dimaksudkan untuk menggalakkan kemajuan perusahaan padi dan beras, dan, jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk menyelaras dan membantu pelaksanaannya.

(2)

Tertakluk pada kelulusan Menteri terlebih dahulu, Ketua

Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu atau yang bersampingan dengan menunaikan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas—

(a)

melaksanakan harga minimum yang terjamin bagi padi;

(b)

menguatkuasakan pengekalan harga beras yang berpatutan dan stabil bagi pengguna;

(c)

menetapkan harga maksimum atau minimum bagi padi atau beras;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 522

(d)

menyenggara atau menghendaki mana-mana orang menyenggara simpanan stok padi atau beras bagi maksud strategi dan penstabilan harga;

(e)

mengawal selia dan mengawal pembayaran subsidi kepada penanam padi;

(f)

mengawal selia pemasaran padi dan beras khususnya melalui pelesenan pemborong, peruncit, pengilang beras, pengimport dan pengeksport;

(g)

mengawal selia dan mengawal amaun padi atau beras yang boleh disimpan, distor atau dimiliki oleh mana-mana orang;

(h)

mengenakan pencatuan mengenai padi atau beras dan untuk mengawal selia dan mengawal pencatuannya;

untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran semua atau mana-mana orang bagi maksud pencatuan itu dan bagi mengeluarkan kad catuan atau dokumen catuan lain, dan melantik pembanci bagi membanci orang awam atau mana-mana kumpulannya bagi maksud pencatuan;

(i)

mengambil stok padi atau beras yang dipunyai oleh mana-mana orang dan membayar pampasan yang mencukupi baginya;

(j)

mengawal selia dan mengawal pengilangan padi ke beras termasuk kadar dan kekerapan pengendalian pengilangan;

(k)

menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan perusahaan padi dan beras;

(l)

menghendaki orang yang terlibat dalam penghasilan atau pemasaran padi dan beras untuk mendaftar dan memberi apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan olehnya;

(m)

mengawal selia penghasilan padi;

(n)

melarang, mengawal selia atau mengawal pemindahan padi atau beras; dan

(o)

menghendaki mana-mana orang yang berurusan dalam perusahaan padi dan beras mengemukakan laporan berhubung dengan kegiatannya.

Kawalan Padi dan Beras 11

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan