Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997

Seksyen 8

Kegagalan membayar atau tunggakan sewa

(2)

Dalam menjalankan haknya untuk mendapat milikan kosong premis di bawah subseksyen (1), tuan rumah hendaklah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam subseksyen 11(2) dan 11(3) bagi mendapatkan kembali milikan kosong premis.

(3)

Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjalanan subseksyen (1) boleh dirujukkan oleh penyewa kepada Tribunal

Penyahkawalan di bawah perenggan 10(1)(b) sebelum tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a).

(4)

Jika tiada pertikaian dirujukkan kepada

Tribunal

Penyahkawalan di bawah subseksyen (3), tuan rumah hendaklah berhak mendapat milikan kosong premis selepas tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a).

(5)

Milikan kosong premis yang didapatkan kembali di bawah subseksyen (4) tidak menjejaskan hak tuan rumah untuk mendapat apa-apa sewa yang terakru dan masih belum dibayar pada tarikh tamat tempoh tiga bulan yang diperuntukkan dalam perenggan 11(3)(a).

Larangan terhadap mendapatkan kembali premis

Section 8 — AKTA KAWALAN SEWA (PEMANSUHAN) 1997 | mylaw.my