Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Suatu perintah perlindungan interim boleh diminta sementara menunggu penyiasatan oleh pihak polis berikutan maklumat yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga.
WJW22/0376 Akta 521.indd 23 04/08/2023 4:10 PM
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 521
Permohonan ex parte bagi perintah perlindungan interim 12a. Suatu perintah perlindungan interim yang diminta di bawah seksyen 12 hendaklah dibuat secara ex parte oleh—
(a)
mangsa;
(b)
peguam mangsa itu; atau
(c)
seorang pegawai kebajikan masyarakat bagi pihak mangsa itu.
Pengetepian perintah perlindungan interim 12b. Orang yang terhadapnya perintah perlindungan interim itu dibuat boleh memohon untuk mengetepikan perintah itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu disampaikan.
Bila perintah perlindungan boleh diminta