Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis mengenai bidang kuasa wilayah mahkamah, suatu permohonan bagi suatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim yang melibatkan aduan keganasan rumah tangga boleh difailkan di dalam mana-mana daerah di mana—
(a)
mangsa itu tinggal;
(b)
orang yang terhadapnya perlindungan yang diminta itu tinggal;
(c)
keganasan yang dikatakan itu berlaku; atau
(d)
mangsa itu ditempatkan buat sementara waktu, dan permohonan itu hendaklah didengar oleh mahkamah secepat yang dapat dilaksanakan.
WJW22/0376 Akta 521.indd 25 04/08/2023 4:10 PM
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 521
Permohonan bagi pihak kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan