Malaysia legislation

Section 16

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994

Seksyen 16

Rekod permohonan dan perintah

Pejabat pendaftaran mahkamah hendaklah menyenggarakan suatu rekod mengenai segala permohonan yang difailkan menurut

Akta ini, dan segala perintah perlindungan dan perintah perlindungan interim yang dikeluarkan oleh mahkamah di bawah Akta ini.

(a)

nama, jantina dan perhubungan pihak itu;

(b)

keganasan rumah tangga yang dikatakan, sama ada ia melibatkan apa-apa senjata, atau mengakibatkan kecederaan diri dan sama ada kecederaan yang diakibatkan itu memerlukan rawatan perubatan;

(c)

tarikh kuat kuasa dan terma setiap perintah yang dikeluarkan.

Bukti penyampaian perintah perlindungan

Section 16 — AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 | mylaw.my