Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
tertakluk pada subseksyen (4), pemberian hak penghunian eksklusif kepada mana-mana orang dilindungi itu di kediaman bersama dengan mengeluarkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada kediaman bersama itu, tidak kira sama ada kediaman bersama itu pada keseluruhannya dipunyai atau disewa oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat atau dipunyai atau disewa bersesama oleh pihak-pihak itu;
WJW22/0376 Akta 521.indd 16 04/08/2023 4:10 PM
Keganasan Rumah Tangga 17
(b)
melarang atau menyekat orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada—
(i)
memasuki tempat selamat, tempat berlindung, tempat kediaman atau kediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana orang dilindungi;
(ii)
memasuki tempat kerja atau sekolah mana-mana orang dilindungi;
(iii)
memasuki mana-mana institusi lain yang mana-mana orang dilindungi ditempatkan;
(iv)
menghampiri mana-mana orang dilindungi pada jarak sekurang-kurangnya lima puluh meter atau pada jarak yang difikirkan munasabah oleh mahkamah; atau
(v)
membuat hubungan diri dengan mana-mana orang dilindungi selain dengan kehadiran seorang pegawai penguat kuasa atau mana-mana orang lain yang dinyatakan atau diperihalkan dalam perintah itu;
(c)
menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuat untuk membenarkan mana-mana orang dilindungi memasuki kediaman bersama, atau untuk memasuki kediaman orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, dengan ditemani oleh mana-mana pegawai penguat kuasa bagi maksud mengambil barang-barang peribadi orang dilindungi itu;
(d)
menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuat untuk mengelakkan daripada membuat perhubungan melalui apa jua cara dengan mana-mana orang dilindungi dan menyatakan hal keadaan terhad yang perhubungan sedemikian dibenarkan;
WJW22/0376 Akta 521.indd 17 04/08/2023 4:10 PM
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 521
(e)
menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuat untuk membenarkan mana-mana orang dilindungi untuk terus menggunakan sesuatu kenderaan yang sebelum itu biasanya digunakan oleh orang dilindungi itu; dan
(f)
pemberian apa-apa arahan sebagaimana yang perlu dan bersampingan bagi pelaksanaan wajar mana-mana perintah yang dibuat di bawah mana-mana perenggan yang tersebut di atas.
(1a)
Bagi maksud subseksyen (1), perintah yang diperuntukkan dalam perintah perlindungan itu hendaklah berkuat kuasa selama apa-apa tempoh tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa perintah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah perlindungan itu.
(2)
Mana-mana satu perintah atau lebih di bawah subseksyen (1)
boleh—
(a)
dibuat atau dibuat baharu, atas pelanggaran perintah perlindungan, mengikut seksyen 9; atau
(b)
dilanjutkan selama suatu tempoh selanjutnya, tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh habis tempoh perintah asalnya, jika mahkamah berpuas hati bahawa, walaupun tiada berlakunya pelanggaran sebenar perintah itu, pelanjutan itu perlu bagi perlindungan dan keselamatan diri orang dilindungi itu:
Dengan syarat bahawa pelanjutan sesuatu perintah di bawah perenggan ini tidak boleh dibuat lebih daripada sekali.
(3)
Kecuali setakat yang penjalanan, oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, hak untuk menghuni kediaman bersama, atau untuk memasuki kediaman alternatif, digantung atau dihadkan, atau dilarang atau disekat, menurut kuasa suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), perintah itu tidak menyentuh apa-apa hak milik atau kepentingan yang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat atau mana-mana orang lain mungkin ada dalam premis itu.
WJW22/0376 Akta 521.indd 18 04/08/2023 4:10 PM
Keganasan Rumah Tangga 19
(4)
Mahkamah tidak boleh membuat suatu perintah yang mengeluarkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada keseluruhan kediaman bersama yang dipunyai atau disewa pada keseluruhannya olehnya, atau bersesama olehnya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada cara lain untuk menjaminkan keselamatan diri mana-mana orang dilindungi itu pada masa itu, dan perintah sedemikian, jika dibuat, hendaklah, dalam hal yang kediaman bersama itu dipunyai atau disewa pada keseluruhannya oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, atau bolehlah, dalam hal yang kediaman bersama itu dipunyai atau disewa bersesama oleh pihak-pihak itu—
(a)
dibatalkan jika suatu kediaman alternatif yang sesuai didapati bagi orang dilindungi itu; atau
(b)
dibatalkan atau diubahsuaikan apabila mahkamah selainnya berpuas hati bahawa ia tidak lagi perlu bagi menjaminkan keselamatan diri orang dilindungi itu.
(5)
Dalam perenggan (4)(b), “diubahsuaikan” ertinya mengubahsuaikan sesuatu perintah yang mengeluarkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada keseluruhan kediaman bersama itu kepada suatu perintah yang mengeluarkannya daripada sesuatu bahagian kediaman bersama itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Kuasa penangkapan