Malaysia legislation

Section 8

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994

Seksyen 8

(2)

Mana-mana orang yang dengan sengaja melanggar suatu perintah perlindungan dengan menggunakan keganasan ke atas orang dilindungi boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

WJW22/0376 Akta 521.indd 20 04/08/2023 4:10 PM

Keganasan Rumah Tangga 21

(3)

Mana-mana orang yang disabitkan atas pelanggaran kali kedua atau berikutnya sesuatu perintah perlindungan di bawah subseksyen (2) hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh puluh dua jam dan tidak lebih daripada dua tahun, dan boleh juga didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “perintah perlindungan” termasuklah perintah perlindungan interim.

Pembuatan atau pembaharuan perintah apabila perintah perlindungan dilanggar

Section 8 — AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 | mylaw.my