Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2017

Seksyen 2

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521], yang disebut

(a)

dalam takrif “keganasan rumah tangga”, dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(ea) dengan curang menggelapkan harta mangsa yang menyebabkan mangsa itu mengalami kesedihan kerana kerugian kewangan;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1538

AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA

(PINDAAN) 2017

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1538

(eb) mengugut mangsa dengan niat untuk menyebabkan mangsa itu takut akan keselamatan dirinya atau keselamatan hartanya, takut akan keselamatan pihak ketiga, atau mengalami kesedihan;

(ec) berhubung dengan mangsa, atau berhubung dengan pihak ketiga tentang mangsa, dengan niat untuk mengaibkan kehormatan mangsa itu melalui apa-apa cara, elektronik atau selainnya;”;

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “keganasan rumah tangga” takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kebajikan

Masyarakat dan termasuklah Pengarah Kebajikan

Masyarakat Negeri bagi setiap Negeri;’; dan

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “perintah perlindungan interim” takrif yang berikut:

‘ “perintah perlindungan kecemasan” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 3a;’.

Bahagian baharu Ia

Section 2 — AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2017