Malaysia legislation

Section 8

of AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2017

Seksyen 8

Pindaan seksyen 11

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Program pemulihan, dsb.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Mahkamah boleh, dalam suatu permohonan yang suatu perintah perlindungan diminta, sebagai tambahan kepada pengeluaran suatu perintah perlindungan,

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1538

membuat suatu perintah bahawa satu atau lebih pihak kepada pertikaian itu dirujuk kepada suatu program pemulihan, dengan syarat bahawa suatu perintah untuk merujuk mangsa kepada suatu program pemulihan hendaklah dibuat hanya dengan persetujuan mangsa itu.”;

(c)

dengan memotong subseksyen (1a) dan (1b);

(d)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“satu atau kedua-dua perintah di bawah subseksyen (1)

atau (1b)” dengan perkataan “perintah di bawah subseksyen (1)”;

(e)

dalam subseksyen (3), dengan memotong perkataan “atau

(1b)

”; dan

(f)

dengan menggantikan subseksyen (4) dengan subseksyen yang berikut:

“(4)  Dalam seksyen ini, “program pemulihan”

ertinya program yang disediakan oleh Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan bagi maksud pembangunan keluarga dan masyarakat.”.

Pindaan seksyen 12a

Section 8 — AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA (PINDAAN) 2017