Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 17
Jika wujud suatu perjanjian antara sesuatu Negara asing, seseorang ketua Negara atau seseorang ketua Kerajaan dengan mana-mana orang untuk mengemukakan kepada timbang tara di Malaysia apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan transaksi komersial, Negara asing, ketua Negara atau ketua Kerajaan itu tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam mana-mana prosiding yang berhubungan dengan—
(a)
kesahan, tafsiran atau pemakaian perjanjian timbang tara;
(b)
tatacara timbang tara; atau
(c)
pengesahan atau mengetepikan award.