Malaysia legislation

Section 9

of AKTA KEKEBALAN BIDANG KUASA NEGARA ASING 2024

Seksyen 9

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), kekebalan yang dinikmati oleh Negara asing itu tidak terjejas jika—

(a)

pekerja itu telah direkrut untuk melaksanakan fungsi tertentu dalam penjalanan kuasa kerajaan Negara asing itu;

(b)

pekerja itu merupakan—

(i)

agen diplomatik atau pegawai konsular masing-masing sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen

Vienna) 1966 [Akta 636] dan Akta Hubungan

Konsular (Konvensyen Vienna) 1999 [Akta 595];

Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 13

(ii)

anggota kakitangan diplomatik sesuatu misi tetap kepada organisasi antarabangsa atau misi khas, atau yang direkrut untuk mewakili Negara asing di persidangan antarabangsa; atau

(iii)

mana-mana orang yang menikmati kekebalan diplomatik;

(c)

hal perkara prosiding itu merupakan perekrutan, pembaharuan kerja atau pengembalian kerja seseorang individu;

(d)

hal perkara prosiding itu merupakan pemberhentian atau penamatan kerja seseorang individu dan, sebagaimana yang ditentukan oleh ketua Negara, ketua Kerajaan atau

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri bagi majikan Negara asing itu, prosiding itu akan mengganggu kepentingan keselamatan Negara asing itu;

(e)

pada masa prosiding itu dimulakan, pekerja itu merupakan warganegara majikan Negara asing itu melainkan jika pekerja itu merupakan pemastautin tetap Malaysia; atau

(f)

majikan Negara asing itu dan pekerja itu telah bersetuju secara bertulis bahawa kekebalan yang dinikmati oleh

Negara asing itu tidak terjejas, tertakluk kepada apa-apa dasar awam yang memberikan bidang kuasa mahkamah atas sebab hal perkara prosiding itu.

(3)

Seseorang ketua Negara dan ketua Kerajaan tidak kebal daripada bidang kuasa mahkamah dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan kontrak kerja dengan mana-mana orang di Malaysia dalam kapasiti peribadinya.

Had kekebalan dalam prosiding yang berhubungan dengan tuntutan kecederaan diri, dsb.

Section 9 — AKTA KEKEBALAN BIDANG KUASA NEGARA ASING 2024