Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974

Seksyen 6

(2)

Mana-mana orang, yang pada permulaan kuat kuasa Akta ini menjalankan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus berbuat demikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi apa-apa urusan pemasaran atau pembahagian petroleum atau keluaran petrokimia;

dan mana-mana orang yang pada permulaan kuat kuasa subseksyen ini menjalankan apa-apa urusan itu boleh terus berbuat sedemikian tetapi hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen ini, memohon secara bertulis kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan kebenarannya yang disebut dalam subseksyen (1).

(4)

Jika Perdana Menteri memberikan kebenarannya di bawah seksyen ini, dia boleh, menurut budi bicaranya, mengenakan terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5)

Mana-mana orang yang bertindak melanggar seksyen ini atau gagal mematuhi apa-apa terma atau syarat sesuatu kebenaran yang diberikan di bawah seksyen ini adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan dia boleh dikenakan denda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada hari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang mengenainya sabitan itu telah direkodkan; dan semua jentera, alat, loji, bangunan

Kemajuan Petroleum 9

dan harta atau benda lain yang digunakan atau dicadang untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu dan mana-mana petroleum atau keluaran yang diperoleh darinya boleh dilucuthakkan.

(6)

Perdana Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengecualikan sesuatu urusan yang disebut dalam subseksyen (1)

dan (3) atau mana-mana syarikat atau kelas syarikat yang menjalankan urusan itu daripada peruntukan seksyen ini.

Section 6 — AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 | mylaw.my