Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974

Seksyen 7

Kuasa untuk membuat peraturan

Perdana Menteri boleh membuat peraturan bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini dan, tanpa menyentuh keluasan perkara yang terdahulu, peraturan itu boleh, khususnya, mengadakan peruntukan bagi—

(a)

pengendalian atau perjalanan—

(i)

sesuatu urusan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan mengeksplorasi, mengeksploit mendapatkan atau memperoleh petroleum;

(ii)

sesuatu urusan yang melibatkan pengilangan dan pembekalan alat kelengkapan yang digunakan dalam perusahaan petroleum;

(iii)

aktiviti penggunaan dan pemajuan yang berhubungan dengan petroleum;

(b)

pemasaran dan pengagihan petroleum dan keluarannya;

(c)

penalti berupa denda yang tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi pelanggaran mana-mana peraturan dan bagi ketidakpatuhan apa-apa terma atau

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 144

syarat sesuatu lesen, kebenaran atau kelulusan yang dikeluarkan atau diberikan di bawah peraturan itu;

(d)

pelucuthakan apa-apa benda yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan semasa melakukan pelanggaran atau ketidakpatuhan itu.

Pewakilan

Section 7 — AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974 | mylaw.my