Malaysia legislation
Section 107
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 107
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan cara untuk memohon suatu kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan, lesen untuk menyediakan atau mengendalikan, atau perakuan pendaftaran atau perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah di bawah
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 93
Akta ini, borang yang hendaklah digunakan, fi atau caj yang kena dibayar dan bentuk kelulusan, lesen, perakuan pendaftaran dan perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah;
(b)
untuk menetapkan cara menyimpan dan menyenggarakan daftar atau daftar-daftar kebangsaan sebagaimana yang disifatkan perlu di bawah Akta ini;
(c)
untuk menetapkan terma, syarat dan sekatan yang hendaklah dikenakan ke atas mana-mana kelulusan, lesen, perakuan pendaftaran atau perakuan dan sekatan yang hendaklah dikenakan ke atas pemohon, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran, pemegang perakuan atau orang yang bertanggungjawab;
(d)
untuk menetapkan hal keadaan yang dalamnya salinan pendua keputusan, lesen atau perakuan boleh dikeluarkan dan fi yang kena dibayar;
(e)
untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara pemindaan apa-apa butir yang terkandung dalam mana-mana kelulusan, lesen, perakuan pendaftaran atau perakuan atau pembatalannya dan pengeluaran lesen, perakuan pendaftaran atau perakuan baru;
(f)
untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan mengenai pesakit dan orang yang dirawat di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta termasuk rekod kelahiran dan kematian kanak-kanak, apa-apa keguguran atau lahir mati dan kanak-kanak yang lahir sedemikian yang dipindahkan dari kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu selain kepada penjagaan atau jagaan mana-mana ibu atau bapa atau orang yang diberi kuasa oleh ibu atau bapa;
(g)
untuk menetapkan cara bagi mendapatkan rekod perubatan pesakit dan cara memperoleh laporan perubatan pesakit oleh pesakit, wakil pesakit atau pemberi jagaan kesihatan;
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
(h)
untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan tentang kakitangan atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(i)
untuk menetapkan bilangan minimum kakitangan perubatan, kakitangan pergigian, kakitangan kejururawatan, kakitangan teknikal dan kategori lain kakitangan yang diambil kerja atau diguna khidmat di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan kelayakan dan pengalaman minimum yang dikehendaki daripada kakitangan itu;
(j)
untuk menetapkan piawaian minimum bagi perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan dan benda lain yang disediakan dan disenggarakan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(k)
untuk menetapkan cara atau jenis latihan atau pendidikan teknik, perubatan, pergigian atau kejururawatan lanjutan atau apa-apa jenis pendidikan profesional jagaan kesihatan lain yang hendaklah disediakan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta kepada kakitangan mereka atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu;
(l)
untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi minimum berkenaan dengan tempat, reka bentuk dan pembinaan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(m)
untuk menetapkan piawaian minimum bagi penginapan, sanitasi atau kemudahan lain di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(n)
untuk menetapkan keupayaan maksimum katil atau kerusi panjang atau yang bersamaan dengannya di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 95
(o)
untuk menetapkan piawaian minimum kebersihan dan kesihatan, termasuklah kawalan jangkitan, di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(p)
untuk menetapkan piawaian minimum keselamatan, kualiti jagaan dan kebajikan pesakit di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(q)
untuk menetapkan piawaian dan syarat minimum yang dikehendaki daripada perkhidmatan berkenaan dengan pemungutan, penapisan, pemprosesan, pengagihan, penyimpanan, pendispensan, pelupusan dan transfusi darah manusia dan hasil darah, dan dialisat, bahan kimia dan bahan farmaseutikal bagi rawatan hemodialisis dan bentuk rawatan lain atau perkhidmatan;
(r)
untuk menetapkan pengurusan, kawalan, dan pengawasan dan jagaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(s)
untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan kualiti boleh terima dan kawalan kualiti berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(t)
untuk menghendaki pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta menyenggarakan apa-apa buku, rekod atau daftar yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran sepatutnya
Akta ini;
(u)
untuk menghendaki pemberian maklumat perangkaan tertentu kepada
Ketua
Pengarah dan cara bagi memberikan maklumat itu;
(v)
untuk menghendaki pemberitahuan diberikan tentang apa-apa kelahiran atau kematian yang berlaku di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
(w)
untuk mengadakan peruntukan bagi pemberitahuan penutupan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan arahan yang hendaklah diberikan sebelum penutupan;
(x)
untuk menetapkan kewajipan dan tanggungjawab ahli profesional dan personel jagaan kesihatan, Lembaga
Pengurusan,
Jawatankuasa
Penasihat
Perubatan,
Jawatankuasa
Penasihat
Perubatan dan
Pergigian,
Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan, Jawatankuasa
Penasihat Perbidanan, dan pengamal perubatan berdaftar pelawat;
(y)
untuk menetapkan cara dan borang untuk memohon pertukaran kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran berkenaan dengan, dan pelanjutan atau perubahan kepada, mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta;
(z)
untuk menetapkan kehendak-kehendak dan peranan sukarelawan di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, latihan dan pengawasan mereka dan untuk menetapkan sekatan ke atas aktiviti-aktiviti mereka;
(aa) untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pernyataan dasar dan semua perkara yang berhubungan dengan mekanisme ketidakpuasan hati;
(bb) untuk menetapkan organisasi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan kakitangannya;
(cc)
untuk menetapkan keanggotaan dan kewajipan dan tanggungjawab jawatankuasa yang boleh dikehendaki supaya ditubuhkan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(dd)
untuk menetapkan kewajipan dan fungsi locum tenens dan perunding kehormat, kelayakan, latihan dan pengalaman mereka dan untuk menetapkan sekatan ke atas aktiviti-aktiviti mereka;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 97
(ee) untuk menetapkan jenis kejadian yang tidak dapat diramalkan atau dijangkakan yang hendaklah dilaporkan, tatacara pelaporan, cara penyiasatan yang hendaklah dijalankan, laporan dan data perangkaan yang hendaklah dikemukakan;
(ff) untuk menetapkan perkara-perkara yang berhubungan dengan pemeriksaan dan kawalan;
(gg) untuk menetapkan kehendak-kehendak yang hendaklah dipenuhi bagi memperoleh kebenaran sah bagi apa-apa tatacara anestetik, pembedahan atau tatacara pembedahan, tatacara diagnostik atau tatacara atau rawatan perubatan, kaedah untuk memperoleh kebenaran itu, syarat yang membolehkan kebenaran itu diketepikan dengan dan bagi menetapkan umur padanya dan syarat yang di bawahnya pesakit boleh memberikan kebenaran sah bagi apa-apa tatacara anestetik, pengendalian atau tatacara pembedahan, tatacara diagnostik atau tatacara atau rawatan perubatan yang akan dilaksanakan ke atas pesakit;
(hh) untuk menetapkan fi yang boleh dikenakan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan;
(ii)
untuk menetapkan perkara-perkara yang berhubungan dengan hak pesakit berhubung dengan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan, termasuk kebersendirian pesakit, kerahsiaan maklumat dan capaian laporan dan rekod perubatan pesakit;
(jj) untuk menetapkan piawaian dan kehendak-kehendak minimum bagi semua kemudahan jagaan kesihatan, perkhidmatan jagaan kesihatan dan perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana profesional jagaan kesihatan termasuk perkhidmatan jagaan perubatan, perkhidmatan kejururawatan, perkhidmatan kesihatan berkaitan,
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
perkhidmatan teknikal, perkhidmatan yang berhubungan dengan semua disiplin perubatan dan pembedahan termasuklah obstetrik dan ginekologi, anestesia, pembedahan, psikiatri, pediatrik, perkhidmatan farmasi, jagaan kritikal atau perkhidmatan jagaan intensif, perkhidmatan yang berhubungan dengan bekalan perubatan, perkhidmatan tentang diet, perkhidmatan linen dan dobi, bekalan pembedahan, perkhidmatan transfusi darah, perkhidmatan bank darah, perkhidmatan rawatan hemodialisis, perkhidmatan pemulihan, perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam, perkhidmatan jagaan ambulatori, perkhidmatan penangkapan imej radiologi atau diagnostik, perkhidmatan radioterapi dan radio isotop, perkhidmatan teleperubatan, perkhidmatan rumah jagaan kejururawatan, perkhidmatan jagaan hospis dan pelegaan, perkhidmatan yang berhubungan dengan autopsi dan bilik mayat, perkhidmatan ambulans, perkhidmatan sokongan dan sampingan lain dan semua dasar dan program lain yang berhubungan dengan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan dan disenggarakan oleh suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(kk) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan atau yang berhubungan dengan kesihatan atau apa-apa perkara yang disifatkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.