Malaysia legislation
Section 112
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 112
(a)
kakitangannya;
(b)
apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan atau alat yang digunakan atau akan digunakan;
(c)
keadaan, rawatan atau diagnosis mana-mana pesakit atau mana-mana orang yang kepadanya kemudahan atau perkhidmatannya sedang atau telah diberikan;
(d)
apa-apa kaedah atau tatacara analitis yang digunakan dalam menjalankan apa-apa ujian; atau
(e)
pengendaliannya.
(2)
Seseorang pemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau pemegang perakuan yang enggan atau tidak memberikan maklumat kepada Ketua Pengarah dengan melanggar subseksyen (1), atau memberikan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a)
dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan
(b)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
102 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
(3)
Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c)
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh memberi kuasa—
(a)
Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai untuk memeriksa rekod perubatan mana-mana pesakit yang dirawat di suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta; atau
(b)
Ketua Pengarah untuk memperoleh apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana orang mengenai apa-apa perkara dalam perenggan 112(1)(c), tanpa keizinan orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.
(5)
Walau apa pun subseksyen (4), Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu boleh memeriksa apa-apa buku, dokumen, rekod, atau material elektronik bagi maksud seksyen 16, 88, 89, 90 dan seksyen ini tanpa kebenaran pesakit atau orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.
(6)
Pemeriksaan di bawah subseksyen (5) hendaklah bagi maksud menentukan pematuhan oleh pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 103
kerahsiaan apa-apa maklumat tentang pesakit atau orang itu yang diperoleh semasa pemeriksaan itu hendaklah dipatuhi.
(7)
Bagi maksud subseksyen (4) dan (5), “wakil” bagi seseorang, ertinya wasi atau pentadbir atau warisnya, jika orang itu sudah meninggal dunia, atau ibu atau bapanya atau penjaganya jika orang itu masih budak atau tidak berupaya untuk memberikan kebenaran.
Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam