Malaysia legislation
Section 114
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 114
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan boleh diambil dan tiada pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan, Menteri,
Ketua Pengarah, Inspektor atau mana-mana pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Kerajaan, Menteri,
Ketua Pengarah, atau Inspektor, dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Akta ini—
(a)
dengan suci hati;
(b)
dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang hendak dicapai dengannya; atau
(c)
bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Kerahsiaan maklumat