Malaysia legislation
Section 118
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 118
Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam perundangan subsidiari itu adalah suatu kesalahan dan orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan didenda atau dipenjarakan selama suatu tempoh atau kedua-duanya tetapi tidak boleh mengadakan peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi tiga bulan.