Malaysia legislation
Section 15
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 15
(a)
dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan;
(b)
disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan
(c)
dengan mengemukakan bersama permohonan itu apa-apa maklumat, butir-butir dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 29
(2)
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum permohonan itu ditentukan, Ketua Pengarah boleh, dengan notis bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
(3)
Kehendak di bawah perenggan (1)(c) dan subseksyen (2)
boleh berbeza antara perihal kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang berlainan.
(4)
Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(c) dan subseksyen (2) adalah atau tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau masa lanjutan, permohonan—
(a)
hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan
(b)
tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.
(5)
Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
Pemeriksaan premis