Malaysia legislation
Section 31
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 31
(a)
memastikan bahawa kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu disenggarakan atau dikendalikan oleh seorang orang yang bertanggungjawab;
(b)
memeriksa kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu mengikut cara dan sekerap yang ditetapkan;
(c)
memastikan bahawa orang yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia pendaftaran mereka, atau jika tidak ada undang-undang sedemikian, memegang apa-apa kelayakan dan pengalaman sebagaimana yang diiktiraf oleh Ketua
Pengarah; dan
(d)
mematuhi apa-apa kewajipan dan tanggungjawab lain sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Walau apa pun perenggan (1)(a), orang yang berlainan boleh dilantik untuk mengurus dan memikul kewajipan dan tanggungjawab yang berhubungan dengan perkara bukan klinikal termasuklah kewangan, pentadbiran dan pengurusan sumber bukan klinikal.
(3)
Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah tuan punya tunggal melanggar subseksyen (1), dia
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(4)
Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan melanggar subseksyen (1), ia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.
(5)
Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a)
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b)
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c)
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Orang yang bertanggungjawab