Malaysia legislation

Section 53

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 53

(2)

Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang lesen atau pendaftarannya telah dibatalkan atau digantung; mengikut mana-mana yang berkenaan, atau yang pembaharuan lesennya telah ditolak, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang niatnya untuk menutup, memindahkan hakmilik, menjual

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 53

atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

(3)

Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua

Pengarah tentang penginapan dan penjagaan pesakit, dan penjagaan rekod perubatan di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu sebelum menutup, memindahkan hakmilik, menjual atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(5)

Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah menyerahkan lesen atau perakuan pendaftaran itu sebaik saja lesen itu digantung, dibatalkan atau enggan dibaharui atau perakuan pendaftaran itu digantung atau dibatalkan atau pengendalian premis itu tidak diteruskan atau ditutup.

Section 53 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998