Malaysia legislation

Section 63

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 63

Syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatan

Orang yang bertanggungjawab bagi atau pemegang lesen tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah membuat syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatan mengenai perbaikan dalam tatacara transfusi pada akhir penyiasatan yang dibuat di bawah seksyen 62.

Section 63 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998