Malaysia legislation

Section 66

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 66

(a)

untuk menerima dan menimbangkan maklumat yang berhubungan dengan kematian boleh nilai;

(b)

untuk menggalakkan penggunaan anestetik, tatacara perubatan atau pembedahan atau teknologi perubatan yang selamat dan cekap.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang berikut,

Jawatankuasa hendaklah dalam menjalankan fungsinya—

(a)

menentukan takat, jika ada, yang—

(i)

anestesia atau apa-apa tatacara anestetik;

(ii)

teknologi perubatan atau apa-apa tatacara perubatan; atau

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 59

(iii)

pembedahan atau apa-apa tatacara pembedahan, telah menjadi antara sebab kematian;

(b)

menentukan sama ada kematian boleh nilai di bawah subperenggan (2)(a)(i), (ii) atau (iii) mungkin boleh dielakkan sekiranya kesan atau akibat daripada anesthesia atau tatacara anestetik, atau teknologi perubatan atau tatacara perubatan, atau pembedahan atau tatacara pembedahan itu difahami atau dibuat persediaan baginya dengan lebih baik atau lebih menyeluruh.

(3)

Dalam melaksanakan fungsi-fungsinya Jawatankuasa tidak boleh meletakkan apa-apa kesalahan ke atas mana-mana pengamal perubatan atau pergigian atau ke atas mana-mana orang lain.

Melaporkan kematian boleh nilai

Section 66 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998