Malaysia legislation

Section 75

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 75

(2)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah kegunaan apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan di sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau cara apa-apa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, bahan atau sampel yang digunakan, dikumpul, ditangani, distor atau diangkut, atau apa-apa kegiatan lain yang dijalankan adalah memudaratkan kesihatan dan keselamatan mana-mana orang di dalamnya atau selainnya tidak sesuai bagi maksud ia digunakan, Ketua Pengarah boleh, dengan

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 586

notis, mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran, berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu supaya berhenti menggunakan perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat atau bahan itu atau menghentikan kegiatan itu.

(3)

Ketua

Pengarah boleh, dengan notis, selanjutnya mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu supaya memasang atau mengganti perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan di dalamnya, dan mematuhi tatacara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis.

(4)

Pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

dalam hal tuan punya tunggal—

(i)

didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya; dan

(ii)

dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan

(ii)

dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 67

(5)

Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;

(b)

dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(c)

dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya, juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—

(aa) didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya; dan

(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan yang berhubungan dengan jaminan kualiti

Section 75 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998