Malaysia legislation

Section 93

of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998

Seksyen 93

Bilamana seseorang Inspektor menjalankan kuasanya di bawah seksyen 88, 89, 90, 91 dan 92 maka adalah menjadi kewajipan pemegang lesen, atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar, orang yang bertanggungjawab bagi dan seseorang pekerja kemudahan atau perkhidmatan itu, atau tuan punya atau penghuni mana-mana premis yang digunakan sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau yang daripadanya perkhidmatan jagaan kesihatan swasta diadakan dan mana-mana orang yang dijumpai dalamnya—

(a)

untuk memberi Inspektor itu semua kemudahan dan bantuan yang semunasabahnya dikehendaki oleh Inspektor itu;

(b)

untuk memberi Inspektor itu semua maklumat yang munasabah yang dikehendaki olehnya berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan atau premis jagaan kesihatan swasta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pengurusannya atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya; dan

(c)

untuk mengemukakan apa-apa buku, rekod atau dokumen yang dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya atau yang dia berkuasa untuk memberikannya berhubungan dengan hal ehwal kemudahan atau perkhidmatan atau premis jagaan kesihatan swasta itu.

Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan

Section 93 — AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998