Malaysia legislation
Section 96
of *AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Seksyen 96
(2)
Jika apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat telah disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah mengikut budi bicaranya boleh melepaskan buat sementara buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat itu kepada tuan punyanya apabila jaminan diberikan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati bahawa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat itu akan diserahkan kepada Ketua Pengarah apabila diminta atau dikemukakan di hadapan mahkamah yang berbidang kuasa yang berwibawa apabila diminta.
(3)
Suatu perintah pelucuthakan atau bagi pelepasan semua benda yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah pelucuthakan benda yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 85
berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan benda yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(4)
Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa perkara yang disita, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikut cara yang berikut:
(a)
orang itu menyatakan bahawa dia ialah tuan punya benda yang disita dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan, boleh sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Inspektor yang dalam milikannya benda itu dipegang bahawa dia menuntut benda itu;
(b)
apabila menerima notis sedemikian, Inspektor itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua
Pengarah yang boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan Inspektor itu supaya merujukkan perkara itu kepada Majistret atau Hakim
Mahkamah Sesyen bagi suatu keputusan;
(c)
Majistret atau Hakim yang kepadanya hal perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki orang yang menyatakan bahawa dia ialah tuan punya benda yang disita dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan tentang perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini dan benda yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 586
(5)
Jika—
(a)
seseorang Inspektor yang telah menyita apa-apa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain di bawah seksyen 89 atau 90
berpuas hati bahawa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain, itu mengandungi bahan tercemar yang ditetapkan; dan
(b)
darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutik atau apa-apa benda lain yang tidak dikehendaki atau tidak lagi dikehendaki dikekalkan bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang,
Inspektor boleh menyebabkan darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain itu dimusnahkan.
Tiada seorang pun berhak ke atas kos, dsb., penyitaan