Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA KERJA PENYALIRAN 1954

Seksyen 5

(1)

Apabila dicadangkan untuk membuat apa-apa perisytiharan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 3, pihak berkuasa berkenaan hendaklah menyiarkan dalam Warta suatu pemberitahuan tentang cadangannya untuk berbuat demikian, dengan menyatakan tanah yang terlibat. Salinan pemberitahuan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiarannya, ditampal di tempat-tempat yang mudah dilihat di kawasan terletaknya tanah yang terlibat.

(2)

Dalam masa satu bulan dari penyiaran apa-apa pemberitahuan sedemikian dalam Warta pemunya atau penghuni mana-mana tanah yang termasuk dalam pemberitahuan itu boleh membuat bantahan secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga, menyatakan alasan bantahannya.

(3)

Lembaga hendaklah menimbangkan bantahan itu dan boleh, jika difikirkannya patut, membenarkan orang yang membantah itu hadir sendiri atau oleh peguam belanya dan menyatakan kesnya.

(4)

Pengerusi hendaklah mengemukakan kepada pihak berkuasa berkenaan akan syor Lembaga berkenaan dengan apa-apa bantahan.

8

Undang-Undang Malaysia

Lembaga membuat syor

Section 5 — AKTA KERJA PENYALIRAN 1954 | mylaw.my